Selasa, 12 Ogos 2014

SAMBUNGAN.......


  • Perlucutan gelaran Dato' Bahaman
-Hugh Clifford menganggap Dato' Bahaman sebagai penderhaka kerana tidak mematuhi arahan British.
-British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
-Dato' Bahaman bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang kerana tindakan  British itu telah memalukannya.

Assalamualaikum semua. Di malam yang hening diselubungi bunyi yang krik krik sambil menaip perkara yang boleh menarik diri saya ke bantal dan katil dan sebelum terlena saya berbesar hati ingin berkongsi sedikit ilmu yang baru saya baca. MEMPERSEMBAHKAN.......

DATO' BAHAMAN

      Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Imam Noh.Beliau dianugerahkan gelaran Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana telah menunjukkan keberanian dan kegagahan dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara,beliau dilantik sebagai pembesar Termeloh.Dato' Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang sejak awal lagi dan beliau telah mencetuskan kebangkitan menentang British di Pahang.

Faktor-faktor penentangan

  • Hilang hak mengutip cukai
-Dato'Bahaman tidak dibenarkan mengutip cukai didaerah kekuasaannya,beliau menentang pelantikan E.A Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Termeloh

  • Pembinaan balai polis
-E.A Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding dahulu dengan Dato' Bahaman.Tindakan itu dianggap menceroboh kawasan serta mengancam kedudukan Dato' Bahaman.Keadaan ini menyebabkan konflik antara Dato' Bahaman dengan British bertambah serius.

BERTEMU KEMBALI.... Pahlawan seterusnya adalah DOL SAID PAHLAWAN NANING. Naning terletak di antara Melaka dengan Rembau. Taboh merupakan pusat pemerintahan Naning. Dato' Naning Abdul Said dikenali sebagai Dol Said dan merupakan Penghulu Naning. Dol Said telah bangkit menentang British pada 1831.

FAKTOR PENENTANGAN...

  • Mempertahankan Kemerdekaan Naning. 
       - British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka dan mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka tetapi dakwaan tersebut ditentang oleh Dol Said dan rakyat Naning.

  • Menentang Bayaran Cukai.
      - Melalui undang-undang 1830, British memaksa Naning membayar cukai sebanyak 1/10 daripada hasil keluaran pertanian Naning setelah mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar setahun.

  • Menentang Perlaksanaan Undang - undang British.
     - Peraturan Penghulu yang diperkenalkan oleh British mengugat pengaruh dan kuasa Dol Said . Menurut peraturan ini , penghulu dilarang membicarakan kes jenayah. Dol Said diberi amaran oleh British pada tahun 1828 keran menyelesaikan kes jenayah di Naning dan juga diugut jawatannya akan dilucutkan sekiranya beliau tidak mematuhi arahan British.

Selasa, 5 Ogos 2014

DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM


8. DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM
Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang berketurunan Daeng Salili. Beliau
adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”,
dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang British
di Perak dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British
Perak.

MAT KILAU


7. MAT KILAU
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di
Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan
bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan
beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang
berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi
kepahlawanan beliau.

TOK JANGGUT


6. TOK JANGGUT
Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut
sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau
ialah seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan.
Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

MAT SALLEH


5. MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi
tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang
pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam masa
pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada
31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat
tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.