Selasa, 12 Ogos 2014

SAMBUNGAN.......


  • Perlucutan gelaran Dato' Bahaman
-Hugh Clifford menganggap Dato' Bahaman sebagai penderhaka kerana tidak mematuhi arahan British.
-British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
-Dato' Bahaman bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang kerana tindakan  British itu telah memalukannya.

Assalamualaikum semua. Di malam yang hening diselubungi bunyi yang krik krik sambil menaip perkara yang boleh menarik diri saya ke bantal dan katil dan sebelum terlena saya berbesar hati ingin berkongsi sedikit ilmu yang baru saya baca. MEMPERSEMBAHKAN.......

DATO' BAHAMAN

      Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Imam Noh.Beliau dianugerahkan gelaran Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana telah menunjukkan keberanian dan kegagahan dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara,beliau dilantik sebagai pembesar Termeloh.Dato' Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang sejak awal lagi dan beliau telah mencetuskan kebangkitan menentang British di Pahang.

Faktor-faktor penentangan

  • Hilang hak mengutip cukai
-Dato'Bahaman tidak dibenarkan mengutip cukai didaerah kekuasaannya,beliau menentang pelantikan E.A Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Termeloh

  • Pembinaan balai polis
-E.A Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding dahulu dengan Dato' Bahaman.Tindakan itu dianggap menceroboh kawasan serta mengancam kedudukan Dato' Bahaman.Keadaan ini menyebabkan konflik antara Dato' Bahaman dengan British bertambah serius.

BERTEMU KEMBALI.... Pahlawan seterusnya adalah DOL SAID PAHLAWAN NANING. Naning terletak di antara Melaka dengan Rembau. Taboh merupakan pusat pemerintahan Naning. Dato' Naning Abdul Said dikenali sebagai Dol Said dan merupakan Penghulu Naning. Dol Said telah bangkit menentang British pada 1831.

FAKTOR PENENTANGAN...

  • Mempertahankan Kemerdekaan Naning. 
       - British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka dan mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka tetapi dakwaan tersebut ditentang oleh Dol Said dan rakyat Naning.

  • Menentang Bayaran Cukai.
      - Melalui undang-undang 1830, British memaksa Naning membayar cukai sebanyak 1/10 daripada hasil keluaran pertanian Naning setelah mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar setahun.

  • Menentang Perlaksanaan Undang - undang British.
     - Peraturan Penghulu yang diperkenalkan oleh British mengugat pengaruh dan kuasa Dol Said . Menurut peraturan ini , penghulu dilarang membicarakan kes jenayah. Dol Said diberi amaran oleh British pada tahun 1828 keran menyelesaikan kes jenayah di Naning dan juga diugut jawatannya akan dilucutkan sekiranya beliau tidak mematuhi arahan British.

Selasa, 5 Ogos 2014

DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM


8. DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM
Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang berketurunan Daeng Salili. Beliau
adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”,
dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang British
di Perak dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British
Perak.

MAT KILAU


7. MAT KILAU
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di
Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan
bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan
beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang
berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi
kepahlawanan beliau.

TOK JANGGUT


6. TOK JANGGUT
Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut
sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau
ialah seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan.
Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

MAT SALLEH


5. MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi
tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang
pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam masa
pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada
31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat
tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

RENTAP



4. RENTAP
Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Pada tahun 1853, beliau
merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama
sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar
dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh
dalam perang pertamanya.

TUN V.T. SAMBANTHAN


3. TUN V.T. SAMBANTHAN
Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India  yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di
kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres
India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam
pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh
Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan
kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.

TUN SIR HENRY H.S LEE


2. TUN SIR HENRY H.S LEE
Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan kemerdekaan
negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam
penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan
merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik
sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah
menjadi salah satu kebanggaan negara.

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA


1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Begitulah
ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra.
Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai
bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan
negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui
perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama
pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan
secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi
sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan.

Bapa Kemerdekaan

"Rakyat dengan hati yang tabah hendaklah menegakkan satu bangsa dan satu negara, memandang ke hadapan dengan penuh keyakinan akan mencapai keamanan dan kemakmuran, kesentosaan dan kebahagiaan" (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj-BH 7 Ogos 2009)

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Nama Asal : Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid Halim Shah.
Nama dan Gelaran : Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.
Tarikh Lahir : 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pelamin).
Kelulusan dan Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
Pengalaman Jawatan Awam dan Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.
Catatan Ringkas Tunku : Penglibatan Dalam Politik
Pengalaman pertama dengan diskriminasi perkauman oleh pihak pentadbir kolejnya telah mencetuskan semangat kepada Tunku untuk berjuang menuntut keadilan dan membebaskan tanahairnya daripada penjajah iaitu Inggeris. Bakat kepimpinannya juga menyerlah di England. Menyedari pelajar Melayu tiada wakil dari mana-mana organisasi, beliau menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain (Malay Association of Great Britain) dan menjadi setiausaha pertamanya. Setelah pulang ke tanahair, Tunku berkhidmat di Pejabat Penasihat Undang-Undang dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kedah. Tunku tidak begitu popular di kalangan pegawai-pegawai British kerana kelantangannya dan kecenderungannya memperkenalkan reformasi dalam meningkatkan taraf orang Melayu.

Tunku terpaksa menghentikan pelajarannya di Inner Temple, England pada tahun 1938 setelah meletusnya Perang Dunia Kedua. Tunku menyambung kembali pengajiannya lapan tahun kemudian dan kembali ke tanahair pada tahun 1949. Tunku memperolehi kesedaran politik setelah bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai negara di England dan telah dilantik sebagai pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) apabila pulang ke tanahair. Pada 26 Ogos 1951 Tunku menjadi Presiden UMNO menggantikan Dato' Onn Jaafar. Tunku menjelajah ke seluruh negeri berjumpa dengan rakyat jelata untuk menggalakkan perpaduan. Usahanya dalam mengatasi masalah politik tanahair dengan menggabungkan kerjasama antara pelbagai kaum telah membawa kepada penubuhan Parti Perikatan pada tahun 1955.

Di bawah kepimpinan beliau, Perikatan memenangi pilihanraya umum pertama negara pada bulan Julai 1955. Tunku kemudiannya dilantik sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1956, Tunku mengetuai satu rombongan ke London untuk satu perbincangan dengan kerajaan Britain berkenaan kemerdekaan Malaya. Pertemuan itu telah membawa kepada suatu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Merdeka dan ditandatangani di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956 dan seterusnya kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957. Tunku dipilih menjadi Perdana Menteri Malaya yang pertama dan memimpin Parti Perikatan ke arah kemenangan pada pilihanraya umum tahun 1959, 1964 dan 1969. Tunku telah menyarankan pembentukan gagasan Malaysia pada bulan Mei 1961 yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Brunei. Kesemua negeri-negeri tersebut kecuali Brunei menyertai gagasan tersebut pada 9 Julai 1963. Pada tahun 1965, Singapura telah menarik diri dari gagasan Malaysia. Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada 22 September 1970 dan digantikan oleh Tun Abdul Razak.

Dato' Onn Jaafar

"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebihbesar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar"
Dato' Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia. Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan Union dan tokoh pelopor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato' Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.